top of page

Jalinan Masyarakat di Mukim Pulau Tiga bersama iGROW


Jalinan masyarakat merupakan salah satu kursus wajib universiti yang menjadi satu syarat bagi pengijazahan untuk mahasiswa-mahasiswi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Matlamat kursus ini juga adalah untuk memupuk dan mengaplikasikan nilai murni serta moral dalam kalangan setiap pelajar melalui program penglibatan dengan masyarakat setempat.


Bagi sesi 2019/2020, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah melawati iGROW, yang terletak di Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak, Darul Ridzuan bagi membincangkan mengenai program yang akan dijalankan, iaitu Jalinan Masyarakat 2019. Program ini bertemakan Kebudayaan Melayu dan Perusahawanan yang terdapat di Mukim Pulau Tiga.


Terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan semasa program Jalinan Masyarakat ini berlangsung adalah seperti, sukaneka rakyat bersama masyarakat di Mukim Pulau Tiga, pembahagian keluarga angkat, bantuan amal kepada keluarga serta golongan yang memerlukan, malam kerohanian, malam kebudayaan, lawatan usahawan desa, pelancaran laman web dan buku serta persembahan teater sebabak (Lagenda Putri Limau Purut).


Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada tarikh 25 Oktober 2019 sehingga 27 Oktober 2019. Penduduk di Mukim Pulau Tiga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang akan dilangsungkan.


ree
Dari kiri: Pengarah Jalinan Masyarakat 2019, Adam Daniel bin Abdul Aziz, Pengerusi Eksekutif iGROW, Encik Nordin bin Abdul Malek dan Timbalan Pengarah Jalinan Masyarakat, Zulaila binti Kamsan.


 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by Mukim Pulau Tiga. Proudly created with Wix.com

bottom of page