Jalinan Masyarakat di Mukim Pulau Tiga bersama iGROW
Jalinan masyarakat merupakan salah satu kursus wajib universiti yang menjadi satu syarat bagi pengijazahan untuk mahasiswa-mahasiswi di...
Mukim Pulau Tiga adalah salah satu daripada mukim yang terletak dalam daerah kecil Kampong Gajah, Daerah Perak Tengah, Perak. Di Mukim Pulau Tiga terdapat 10 buah kampung dibawah pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.
Kampung-kampung tersebut ialah Kampong Telok Sareh Ulu, Kampong Empai, Kampong Toh Paduka Raja, Kampong Baru, Kampong Tanjong Bidara, Kampong Jawa, Kampong Pasir Puteh, Kampong Pulau Tiga Kiri, Kampong Pasir Garam dan Kampong Pasir Kubu.
​
Mukim Pulau Tiga terletak di dalam kawasan P.073 Parlimen Pasir Salak dan N.049 Dewan Undangan Negeri Kg. Gajah. Mempunyai penduduk seramai 3,662 orang dengan 6 buah kampung bersempadan dengan Mukim Kg. Gajah dan Mukim Lambor di sebelah kanan Sg. Perak. Manakala 4 buah kampong lagi bersempadan dengan Mukim Pasir Salak dan Mukim Lambor di sebelah kiri Sg. Perak.