top of page

JALINAN MASYARAKAT UM: SEJARAH BARU TERCIPTA DARIPADA GENERASI BARU KEPADA GENERASI AKAN DATANG.

Pada 25 hingga 27 Oktober lalu, tercatat sejarah penting dalam kalendar Mukim Pulau Tiga, apabila hampir 100 orang mahaiswa, pensyarah dan kakitangan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya berkampung di Pulau Tiga, di bawah program Jalinan Masyarakat.


Lebih memeriahkan lagi ialah kesudian tetamu utama YB. Dato' Dr, Shahruddin b. Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan untuk bermalam dan berkampung bersama mereka.


Ciri-ciri perkampungan yang mempunyai gerak kerja berbeza dengan program khidmat masyarakat lain, bukan sahaja memberikan mereka pengalaman baru tetapi juga keupayaan program ini yang memberi impak luar biasa kepada masyarakat Pulau Tiga dalam jangka masa pendek ataupun jangka panjang.


Tiga tugasan penting berjaya disempurnakan iaitu:


1. Membina laman web Mukim Pulau Tiga.

2. Mockup-Buku : Pulau Tiga Khazanah Warisan Melayu Perak.

3. Teater lagenda Puteri Limau Purut.


Kesemua ini bukan sahaja dapat menyediakan bahan rujukan sejarah dan warisan Pulau Tiga tetapi juga melonjakkan sosioekonomi Pulau Tiga sebagai perkampungan yang membangunkan ekonomi warisan.


Selain meninggalkan kenangan indah kepada penduduk kampung, Jalinan Masyarakat ini akan memberi impak masa depan warisan Pulau Tiga yang akan dikenang sepanjang zaman.


Tahniah mahasiswa terutama Adam Danial dan seluruh warga UM.


Your Differentiate Make You Great.






 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by Mukim Pulau Tiga. Proudly created with Wix.com

bottom of page